Space Shutter
thank YOU very much
Saturday 31 December 2011 ✿ 05:22 ✿ 0 Shutter Comments
Assalamualaikum beautiful people:)
so tinggal beberapa jam je lagi nak 2012!
wahhh seronoknya:D
okay tipu, tak seronok langsung sebab tahun depan PMR:(


bagi aku tahun 2011 ni adalah kenangan pahit paling pahit untuk aku tapi, ia juga kenangan manis paling manis untuk aku.aku ingat lagi time kelas aku gaduhgaduh dengan budak kelas lain.*okay aku memang tak suke.ramai orang cakap yang form 2 adalah masa untuk kita kenal perangai sebenar kawan kita.mungkin itula sebabnya form 2 adalah tahun untuk bergaduh*kot.haha:)

tapi kenangan paling manis bila time hari raya ,cikgu zainal(cikgu sejarah)jemput kelas 2 taqwa dan kelas 2 amal.pagi ahad tu memang nampak budakbudak kelas ni jela yang bangun awal.sebab biasanya hari ahad satu asrama bangun time azan subuh lepastu pakai baju straight pergi musolla kecuali mungkin budak form 1 dan yang baik-baik je kot yang bangun awal.hari tu memang semangat giler kitorang dengan baju batiknya.haha:)

bila kitorang semua dah sampai bus stop depan sekolah time tu jugaklaa hujan nak turun.kitorang tunggu punye tunggu bas datang tapi tak sampai-sampai jugak.mungkin kitorang taktau yang sebenarnya bas memang takde hari ahad sebab semua yang ada dekat situ tak pernah naik bas luar dekat kuala selangor ni.*ye kitorang tau kitorang budak manja,huhuhu:)

so,bile kitorang dah putus asa tunggu bas tak sampai-sampai,kitorang pon decide nak jalan kaki je dari pasir penambang ke bukit melawati.bwahaha,punye la jauh! 8km tu..aku taktau kenapa jalanjalan aku boleh lepas tapi merentas desa tak pernah pon lepas walaupun jaraknye sama je 8 km.sampai je kat jambatan gantung,  kitorang  yang mula-mulanye 20 lebih tinggal separuh je sebab yang separuh lagi dah naik kereta cikgu yang lalu dekat situ.tapi, kitorang time nak jejak je kaki kat jambatan gantung tu, suami cikgu shamsinar tetibe lalu dan berhenti pastu bagi kitorang tumpang.kereta Estima elite tuhh!

2011 mungkin kenangan paling best dan paling awesome sebab tahun ni lahh aku dapat kenal kawankawan macam Ezni,Auzie,Syiwa,Dian,Nadia,Sazlin and etc.bagi aku,kenal dengan diorang mungkin kenangan paling indah untuk aku.




I want to thanks to all my bestfriends that always be there for me:')

Park Bom - You and I

"park bom-you and i"
[entry ini agak gedik]
Friday 30 December 2011 ✿ 01:07 ✿ 0 Shutter Comments
Assalamualaikum
siapa tengok sbs gayo daejun semalam?
kite tau mesti ramai yang tengok..kite tak tengok sebab streaming LAMBAT GILE
dah lama tunggu lastlast tutup je la..
anyway,see this
_________________________________________________________


_________________________________________________________

and this


__________________________________________________________

b2st daebakk!! 
kite tau mungkin semua orang dah move on ke Infinite , or Block B and etc..
tapi kite tak tau kenapa kite masih minat b2st.
kite dah dengar lagu Infinite tapi kite rasa b2st lagi best.hehe:)

p/s:terserlah tak kegedikan aku dalam post ni?haha:)to Inspirit sorry kalau ada yang terasa , ini hanyalah luahan hati aku.haha,takley belahh 
 
hilang~
Thursday 29 December 2011 ✿ 01:28 ✿ 0 Shutter Comments
Assalamualaikum,
siapa tengok music bank semalam?
bagi aku,mungkin b2uty semalam lagi ramai daripada
Inspirit ataupun Beast sememangnya lagi best dari Infinite!
bwahahahaha:)
tapi Beast semalam nampak tak best sikiiiit je daripada selalu
 sebab Gikwang tak menari.
but,B2ST the Best!



aku hilang seketika dari dunia blogger
tgh menghabiskan cerita Ouran High School Host Club
First crush
✿ 01:17 ✿ 0 Shutter Comments
Semalam aku terimbas kembali kenangan selama 14 tahun aku hidup di muka bumi.
kisah cinta yang pernah berlaku pada aku.

-tersengih-

dulu,waktu aku 6 tahun,aku pernah ada 
this HUGE crush  untuk seorang lelaki dalam kelas aku.


Amir hensem,Amir tinggi,Amir mata bulat,Amir ABC.
dia dipanggil ABC sebab mak bapak dia jual ABC.
aku agak bengang sebenarnya bila dia diperlakukan seperti itu.

Satu hari,Amir duduk di sebelah aku.Aku nervous.Aku berlakon seakan sibuk menconteng buku Bahasa Melayu yang ditulis A B C itu.aku lukis gambar dinasour dan ikan.buruk.aku kejap-kejap padam dengan style muke berkerut seakan tekun membuat kerja itu.aku rasa aku sangat cool ketika itu.[aku rasa , lahh]


aku teruskan kerja tanpa menoleh.aku berharap dia akan memuji hasil kerja aku.mungkin juga dia cakap yang aku unik.tak macam budakbudak lain.Dan aku dapat membayangkan dia akan melamar aku kerana kagum dengan aku.Aku suke berangan.
Sampai satu masa,Amir tetiba bersuara

" Hey. Sheila On 7 best, kan? "

Aku berfikir panjang. Apa dia cakap ni? Aku tak tahu siapa itu Sheila. Dan kenapa ada nombor pada namanya? Dan memang jenis aku yang lebih tertarik kepada lagu barat .

Aku geram. Ini la satu-satunya peluang aku untuk nampak cool. Tapi Sheila tu siapa? Budak baru kat sekolah ke? Tiba-tiba aku cemburu.

"Sheila sape?"

Muka Amir berubah. Tersengih sedikit.

"Lah. Kau tak pernah dengar ke lagu Sheila On 7?"

Aku geleng. 
Entah mengapa, aku terbayangkan Sheila Rusly dan Sheila Mambo.
Wajah mereka berlegar-legar dalam kepala. 

"Weh, best la lagu diorang. Lagu diorang tu kan, bla bla bla bla.." 

Diorang? Bukan Sheila tu sorang je ke? Aku pening. Aku tak tahu apa yang dia cakapkan. Mata Amir bulat menceritakan perihal Sheila kepada aku. Dia nampak sangat bersungguh-sungguh. Aku agak tak faham apa yang dia cuba sampaikan sebab aku terlalu sibuk memikirkan siapa Sheila sebenarnya.

Dan kemudian. Satu situasi sial berlaku. 

"Eh, Sheila On 7?? Diorang best gila doh!"

Suara Syuhada. Aku memang mempunyai otak yang kuat ingat perkara yang lebih kepada gosip .Dia ni sorang budak perempuan dalam kelas yang bersuara nyaring dan menjengkelkan. Dia suruh orang panggil dia Syue . Aku menyampah. Shoe? Kenapa dia nak orang panggil dia kasut? Gila. Kakak yang buat masak masak panggil dia Kartun. Sebab muka dia macam kartun. Padan muka.

Aku benci dia. Sebab pada hari itu, dia berani potong line aku.

Amir nampaknya tertarik dengan kepandaian Syue tentang Sheila On 7. Amir tidak lagi menghadap aku. Dia mengalih kedudukan badannya menghadap Syue pula.

Perlahan-lahan, aku mengensot ke tepi sedikit, menjauhi mereka. Aku kembali memberi perhatian kepada buku Bahasa Melaayu yang aku conteng tadi .

Pada dinasour tadi, aku lukis air mata.



Older Post
Me You Home
DashboardFollow

Little Disclaimer;


Nur Annissa Anuar
Free to call Nisek,Nisa
Im fifteen and PMR candidates 2012
hate RIPPERS,SPAMMERS and COPYCAT

Underline Strike Bold Italic

Lets Mengumpat;

.
.

Credditostata;
✿ Skins by Husna
✿ Basecodes by Jaja
✿ Graphics by WeHeartIt