First crush
Thursday, 29 December 2011 ✿ 01:17 ✿ 0 Shutter Comments
Semalam aku terimbas kembali kenangan selama 14 tahun aku hidup di muka bumi.
kisah cinta yang pernah berlaku pada aku.
-tersengih-
dulu,waktu aku 6 tahun,aku pernah ada
this HUGE crush untuk seorang lelaki dalam kelas aku.
Amir hensem,Amir tinggi,Amir mata bulat,Amir ABC.
dia dipanggil ABC sebab mak bapak dia jual ABC.
aku agak bengang sebenarnya bila dia diperlakukan seperti itu.
Satu hari,Amir duduk di sebelah aku.Aku nervous.Aku berlakon seakan sibuk menconteng buku Bahasa Melayu yang ditulis A B C itu.aku lukis gambar dinasour dan ikan.buruk.aku kejap-kejap padam dengan style muke berkerut seakan tekun membuat kerja itu.aku rasa aku sangat cool ketika itu.[aku rasa , lahh]
aku teruskan kerja tanpa menoleh.aku berharap dia akan memuji hasil kerja aku.mungkin juga dia cakap yang aku unik.tak macam budakbudak lain.Dan aku dapat membayangkan dia akan melamar aku kerana kagum dengan aku.Aku suke berangan.
Sampai satu masa,Amir tetiba bersuara
" Hey. Sheila On 7 best, kan? "
Aku berfikir panjang. Apa dia cakap ni? Aku tak tahu siapa itu Sheila. Dan kenapa ada nombor pada namanya? Dan memang jenis aku yang lebih tertarik kepada lagu barat .
Aku geram. Ini la satu-satunya peluang aku untuk nampak cool. Tapi Sheila tu siapa? Budak baru kat sekolah ke? Tiba-tiba aku cemburu.
"Sheila sape?"
Muka Amir berubah. Tersengih sedikit.
"Lah. Kau tak pernah dengar ke lagu Sheila On 7?"
Aku geleng.
Entah mengapa, aku terbayangkan Sheila Rusly dan Sheila Mambo.
Wajah mereka berlegar-legar dalam kepala.
"Weh, best la lagu diorang. Lagu diorang tu kan, bla bla bla bla.."
Diorang? Bukan Sheila tu sorang je ke? Aku pening. Aku tak tahu apa yang dia cakapkan. Mata Amir bulat menceritakan perihal Sheila kepada aku. Dia nampak sangat bersungguh-sungguh. Aku agak tak faham apa yang dia cuba sampaikan sebab aku terlalu sibuk memikirkan siapa Sheila sebenarnya.
Dan kemudian. Satu situasi sial berlaku.
"Eh, Sheila On 7?? Diorang best gila doh!"
Suara Syuhada. Aku memang mempunyai otak yang kuat ingat perkara yang lebih kepada gosip .Dia ni sorang budak perempuan dalam kelas yang bersuara nyaring dan menjengkelkan. Dia suruh orang panggil dia Syue . Aku menyampah. Shoe? Kenapa dia nak orang panggil dia kasut? Gila. Kakak yang buat masak masak panggil dia Kartun. Sebab muka dia macam kartun. Padan muka.
Aku benci dia. Sebab pada hari itu, dia berani potong line aku.
Amir nampaknya tertarik dengan kepandaian Syue tentang Sheila On 7. Amir tidak lagi menghadap aku. Dia mengalih kedudukan badannya menghadap Syue pula.
Perlahan-lahan, aku mengensot ke tepi sedikit, menjauhi mereka. Aku kembali memberi perhatian kepada buku Bahasa Melaayu yang aku conteng tadi .
Pada dinasour tadi, aku lukis air mata.

Nur Annissa Anuar
Free to call Nisek,Nisa
Im fifteen and PMR candidates 2012
hate RIPPERS,SPAMMERS and COPYCAT